Sunday, May 23, 2010

'pausekan' diri anda sebentar

bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum....
huhu dah lama tak jenguk blog sendiri maybe kurang idea kot ataupun sudah terlupa untuk berkarya kejap....anyway now back to the topic....emm apa yg dimaksudkan pausekan diri anda sebentar??? dari yg saya faham manusia tidak dapat lari dari sifat hakikinya yg lemah dan pelupa ...
Kalau kita marah pasti kita akan menghamburkan kata2 kurang sopan dan segala amarah dalam hati...namun kita terlupa akan perasaan org yg kita marahi dan kadang juga kita terlupa bahawa syaitan sedang bertepuk tangan gembira kerana kesabaran telah hilang dari jiwa manusia...
contoh lain, kadang bila kita berdebat tentang hak ataupun pendapat masing2 yg belum tentu benar ataupun wajar kita selalu terlupa bahwa kadang2 lidah itu lebih byk membawa mudarat dari kebaikan .....silap lidah jugalah membawa kepada pertelagahan mahupun peperangan. Sedangkan diam itu lebih baik dan dianjurkan dalam Islam...kerana bila diam kita boleh berfikir dan menilai balik tentang sejauh mana kebenaran yg disampaikan....
Yang dimaksudkan tentang pausekan diri di sini adalah sabar dan lebihkan berfikir dgn mendiamkan diri daripada bercakap kosong ataupun mengikut hawa nafsu....saya tertarik dgn salah satu petikan blog ustaz hasrizal....saifulislam.com...beliau telah mengupaskan satu tajuk tentang buku steven covey yg actually saya luper tajuknya tp buku ni mmg popular,
tp apa yg membuatkan saya tertarik ialah berkaitan pausekan diri anda.....ini adalah sbhgn tajuk dlm buku penulis barat tu tp setelah dikupas oleh ustaz telah menunjukkan bahwa Rasulullah s.a.w telah lama mengajarkan kita agar sentiasa bersabar dan diam apabila kita mengahadapi masalah atau diuji perasaan...
Tidakkan Islam itu indah dimana ia mengajarkan kita agar menjaga adab kita sesama manusia dan juga lebih banyak berfikir dan bermuhasabah....
Dan sedangkan bila kita terlupa untuk bersabar tidakkah Allah sentiasa membuka jalan untuk kita sentiasa beristigfar...betapa Islam itu sgt teliti dan mudah dalam setiap sudut
Semuanya terletak pada diri kita manusia untuk menilai dan memperbaiki diri...
Oleh itu jika saya dan sahabat2 terasa kesabaran anda diuji maka pausekan lah diri anda dan diamkan diri sebentar agar minda kita bisa berfikir dan hati bisa menimbang baik buruk sesuatu perkara...InsyaAllah....jom mantapkan amal...!!...jazakumullah bg yg sudi membaca blog nie...